Asslamualaikum & Hello all, (ada ka pembaca blog nih?huhi)
okay i know i have neglecting this blog for way too long that i expected..and the term busy almost sounds like a lame excuse already...i miss miss miss my blog. i miss having something to write about about. but yeah, thruthfully, setiap kali i cuba nak menaip, rasa keletihan di badan mengatasi segalanya..kadang-kadang keletihan otak yang tak mampu memproses lagi data2 dalam kepala untuk ditulis di blog. hahhaa...
Tentiba, hari ni agak lapang semantara menunggu masa untuk masuk ke kelas pukul 10 pagi nanti. hehh....Memandangkankan hari ni hari Jumaat, hari yang mulia. Penghulu segala hari, so i think, eloklak i memulakan semula tulis-tulisan serba sedikit di tahun 2014 ni. dan masuk pertengahan Februari 2014 pon... baru nak blogging. ;p
Hari yang mulia ni i ambik kesempatan ni untuk menulis apa yang i observe serba sedikit di dunia internet especially alam fACEBOOK. Don't get me wrong here, tak semestinya apa yang i cuba sampaikan di sini ada kena mengena dengan diri i...namun hakikatnya, apa yg i perhatikan di fACEBOOK boleh terjadi kepada sesiapa sahaja actually. this is just based on my limited observation ya. which is kinda bothering me. agak mengganggu. that's all i'm saying,
fACEBOOK sebagai medium kita untuk berhubungan dengan dunia luar, adakala lumrah menjadi medium melontar pendapat dan perasaan manusia. that's normal..we totally get it why certain people love to express certain feelings on fACEBOOK.
Namun, sedarkah kita dalam setiap kata2 yang kita lontarkan di status field kita, ada beratus orang yang mungkin orang luar yang tidak tahu apa2 sedang membaca dan menilai?? pernahkah kita berhenti sejenak, sebelum menekan butang 'post'? berfikir, perlu atau tidak disuarakan?
Siapa orang-orang dalam senarai "FFRIEND LIST"?? sahabat? kawan biasa? kawan baru? ibu bapa? kakak kita? abang kita? adik kita?SAUDARA MARA KITA??? saudara dekat saudara jauh kita???
ini yang aku (nah jah...sekali keluar perkataan "aku" di sini. emosi lah kau jah. hahaha) i mean apa yang i kata sometimes can be quite bothering. i tolong translate = sesuatu yang menjadi agak menggangu. mengaggu dari segi apa? emosi insan lain maksud i.
Berihati-hatilah kita melontakan apa sahaja pendapat dan kita setiap hari TAK KIRA DI MANA PUN. kerana yang mendengar atau membaca pasti menilai. mungkin kita ada secara sengaja atau tidak, telah menjatuhkan air muka orang lain. mungkin secara tak sengaja.
contoh, please read and understand makna CONTOH ye. Contoh situasi yang i cuba paparkan di sini:-
kita dengan penuh emosi dan amarah mengadu hal secara terbuka di fACEBOOK, dan secara tak langsung "menjemput" kawan-kawan di dalam friendlist kita untuk turut sama melontarkan pendapat/komen berkaitan isu ipar duai kita. which is A VERY SENSITIVE ISSUE bagi i. pernahkah kita berhenti sejenak berfikir apa perasaan kakak atau abang atau adik kandung kita yang ada ikatan sah dengan ipar duai kita tersebut?
Apa yang kakak atau abang atau adik kandung kita rasakan bila isteri atau suaminya di perli, diberi komen yang negatif oleh orang-orang luar yang tidak tahu apa-apa??? pernahkah kita terfikir secara tidak langsung kita telah melukai hati dan perasaan kakak atau abang atau adik kita?
Lupakan ipar duai kita. ipar duai memang terkadang tak sama caranya dengan cara kita mahupun keluarga kita. sebab itu kita sentiasa ada isu dengan mereka di belakang kita. tapi bukan semua ipar duai adalah the type of in laws from hell...Alhamdulillah i dikurniakan ipar duai yang sangat pengasih dan penyanyang. dan disayangi semua. Alhamdulillah.
okay sambung isu yang tadi tu...hmm, fikirlah apa perasaan saudara kandung kita yang ada ikatan sah dengan ipar duai kita. mungkin bila mereka ini membaca isteri atau suami mereka dikata sebegitu rupa. atau dikomen secara negatif di belakang...*sigh* isn't that awful?
dan mungkin dengan perbuatan kita akan mengeruhkan lagi hubungan sesama keluarga. bukan mungkin tapi pasti. inikah yang kita inginkan?ketidakharmonian dalam keluarga mereka dan dalam keluarga kita senidri? Malulah kita mendedahkan pekung kepada orang luar yang tak memahami apa2. kita kira mereka faham...tapi sejauh mana ya?
hati-hati, mungkin dengan perkataan kita, akan meruntuhkan masjid yang susah payah mereka bina itu. hati-hati, dengan perkataan kita yang kita kira tak ada apa, akan memutuskan silaturrahim sesama keluarga. dengan perkataan kita, hati insan itu akan terguris selamanya. dosa kita sesama kita Allah tidak boleh ampunkan, hanya manusia sahaja boleh memaafkan. apa jadi jika kita tidak dimaafkan? tersekatlah syurga walau kita sudah di hadapan pintunya nanti. Wallahualam.
jadikan 2014 kita lebih bermakna