Tuesday, July 14, 2015

Salam Aidil Fitri 2015

Assalamualaikum...


Haihh.. baru ja wish for Ramadhan.... ni I nak wish for Aidil Fitri yang mulia pulak ni... hahahha... entah apa nak jadi dengan I ni...malas nak meng-update blog dah. nak kata busy, life has been a bit settled and much more relaxed these days. busy dengan kerja sajalah. so nak kata busy buat research, asignments, or kelas master tak dak la pulak. sebab dah berlalu fasa tu. satu fasa yang penuh cabaran orang kata. heheh...


Ok, hari  ni my last day at work and off I go for my Hari Raya break till next Monday. ehh sampai senin je?? ha'aa kiah.. I cuti tak banyak... I dok bajet2 je ni cuti raya sebab tahun ni banyak gila ambik cuti sebab nak menulis thesis or buat keja2 Master. maklumlah, semester paling kritikal. Alhamdulillah dah berlalu semua tu. ;) so, ku korbankan cuti2 ku setiap kali nak mula menulis thesis. gila nak dok opis?? mampus tak siap thesis tu...hahahah.. nanti2 lah kalau ada mood nak bercerita tentang pengalaman menulis thesis dan buat research, I kongsilah kat sini. at the moment rasa nak keep to myself dulu lah..but I dun mind sharing pun... orang tanya I jawab je seikhlas hati.


Hari ni masuk office, tengok ramai dah officemates dah mula cuti.. I pun dah tak ada kelas sebab my students dah kaw tim awal2 buat kelas ganti sebab depa nak balik cuti raya awal skit... so, masuk office ni macam tak tau nak buat apa pulak. Even my non-muslim colleagues dok bising awat I dok buat rajin mai keja lagi? haihh.. kalau I dok umah pun apa nak buat? semua dah selesai. langsir dah hantar dobi dan dah selamat digantung, kuih raya dah selamat dibeli, baju2 raya anak dah siap lipat, rumah memang tak sepah...hahahah... i bukan beraya di rumah sendiri pon uols~


Tahun ni, i think my raya is as simple as usual..tak ada apa yang nak dibanggakan. baju raya pun tempah at a very last minute.. naseb lahh hang kiah...akak  tailor mampu siapkan sehelai ja pon dah bagi pon last minute, berangan nak pakai 3-4 helai?  LOL. you must be joking! Syukur ada gak sehelai baju raya. baju2 yang lain tu i pakai pi kerja sajalah nampaknya. so, there u go, raya ni i pakai baju kerja sedia ada pegi beraya lepas pakai baju raya yang sehelai itu, orang bukan tahu pun. hahahaha...yang penting baju anakku semuanya dah prepared. Semalam contact akak tailor yang sudi buatkan baju rayaku, Kak Milah nama dia., dia kakak ipar kepada my kakak ipar. very nice person. perbulan kami seperti berikut:-

I : Assalamualaikum Kak Milah, bila agak saya boleh pegi ambil baju saya kak?


Kak Milah: "W'salam... NANTI SIAP AKAK HABAQ NAA.."


I : *gulp*  "Okay kak... jangan risau, HARI KHAMIS PETANG pun takpa Kak..."


(dalam hati, redha lah... hantaq pun last minute)



Off topic kejap, ni la jadi bila menulis tak pakai ouline, pakai tulis ja apa ada dalam otak skang ni. hehhh... anyways, di kesempatan yang terhad ini, dengan rendah hati, I would like to wish to my family members and friends SELAMAT HARI RAYA, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlebih gurau, tersalah expresi muka, terlebih berbicara, harap sudilah dimaafi. sesungguhnya diri ini insan yang lemah dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Semoga Ramadhan yang bakal melabuh tiranya ini memberi banyak nimat dan juga hikmah buat diri masing2 ya. Semoga segala amalan kita sedikit or banyak sepanjang Ramadhan ni diterima Allah S.W.T,


Aamiinn. 



Drive safe everyone. Don't be another statistics for the road accident in Malaysia!


P.S: Ramadhan masih berbaki ni, jangan pulak kita terover excited sangat nak raya ya.. entah tahun depan bertemu lagi ka kita ni dengan Ramadhan. cepat sungguh masa berlalu....gambaran betapa cepat dan sekejap saja masa kita di dunia yang sementara ini bak kata ustazah di office ku... *sigh*


okay, have a nice day!

P.P.S: dunno why, I was trying my best to upload a video and a picture..tapi tak boleh.... so, togel gini ja lahh blog post ku...takdak gambaq.

ok, bye!