Thursday, March 1, 2012

Nursery issues : just my 2 cents...

To be honest, mana ada mak bapak yang akan hantar anak dia ke pusat2 penjagaan (taska/nursery) kalau kita tahu anak2 kita depa nak buat tak tentu hala, betoi dak??

tapi sebagai mak bapak yang punya tanggungjawab besar menjaga amanah Allah ni, kita patut melawat2 (survey) la dulu mana nak boh anak sebelum kita mula keja kan. Ramai yang prefer hantar anak ke Baby Sitter (BS) sebab maybe enviroment umah dan kita rasa nak kita lebeh terjamin di sana. tapi bagi i, ke mana saja kita hantar anak kita TIADA JAMINAN sebab apa saja boleh berlaku tak kira tempat. kadang anak di bawah jagaan kita pun boleh injured or kita misshandled kan...

Pusat2 jagaan or nursery ni dah lama wujud kat  M'sia ni, cuma baru2 ni saja issue tentang anak2 yang tidak dijaga or diurus dengan baik timbul. i memang tak sanggup tengok video yang depa dok upload. gambar muka depan metro tu pun tak sanggup dah nk tengok apa lagi nak baca. naluri mak2 dalam diri ni buat i tak sanggup nak baca. masa video tu tersebar luas, i was thinking " betoi ka ni kat M'sia? macam tak caya lak orang M'sia buat camtu kat anak2." serious tak pecaya langsung. Naseb baik la tuan punya nursery tampil betulkan keadaan. kalau dak, lepas tu mesti kuar berita pemilik taska dijumpai mati dibunuh di hadapan taska lak kemarin. hahahah..

Isu yang aku cuba address kat dini ialah, kita sebagai mak pak, sebelum hantar anak pastikan dulu taska dipilih mempunyai lesen yang diiktiraf oleh JKM. takkan la main hantar ja nak korang tak cek dulu tempat tu berlesen or tidak???

LOOK AROUND IT, bersih ka tak, CONDUSIVE ka tak, nampak selamat ka tak, pandai2 laa ushar keliling..

 Dah hantar anak, skali skala cuba la buat spot check. i mean do show up at the place unexpetedly during working hours just to check your baby or to check whether depa ni buat keja depa or dok kerjakan budak2 kat sana. PENTING sangat. jangan main tinggal saja waktu pagi and ambik waktu petang. skali skala datanglah. i think the care takers or the baby sitters there would be very happy to see us datang tengok anak kita jugak. cam tempat yang i hantar maryam, memang depa alu2kan mak pak pi lawat anak2. sama ada utk menyusu or untuk pantau keadaan anak. tapi jangan lah pulak kita pi hari2. baik keja saja kat situ...kan? but do maintain a good relationship with them ya! ;)

DO NOT EXPECT PERFECTION from the people who are not related to us to take care of the baby the way we take care our baby. biasalah dah hantar anak2 kat tempat2 macam tu, ada lah kekurangan di sana sini. the way they handle our baby memang almost completely DIFFERENT from us. so, kalau sikit2 hal tu tak yah nk serious sangat. cam Maryam kat sana depa suka laa bedakkan dia from top to toe. (rimas tengok anakku penuh bedak cam tepung)

Macam mana nak pastikan Taska tu mematuhi garis panduan or not, salah satunya kita tengok sajalah jumlah kakitangan dengan nisbah baby.  kalau ikot AKTA TASKA 1985, umur 0-3tahun 5:1 so silalah tengok2 keadaan sekeliling taska tu, cukup ka dak pengasuh. baca seniri lah akta tu. ;)

Kalau nak rajin lagi, pi la cek dokumen kat nursery yg kita hantar anak kita. boleh tau pihak JKM ada pantau or tak. i think since dh jadi big issue ni, sah2 la JKM will have a lot of works to do pasni nak pantau taska2 seluruh negara. bagus lah!! at least kita tau, anak2 kita selamat dan ada lah sedikat jaminan di situ.

Agak bengan hatiku ini bila terbaca komen2 negatif yang datangnya dari parents di FB yang TIDAK PERNAH HANTAR ANAK KE NURSERY tetapi ayatnya gaya seperti dh biasa hantar ank ke nursery penuh dengan negative remarks towards the day care center. HELLO, u should be grateful dapat duduk sahaja di rumah menjaga anak u seniri dengan kudrat n tangan seniri, God bless u.

BUT, the reality is, many of modern women like us go to work. And many of us have no place to send our dearest babies but to a nursery. so please don't make us feel like we are a bad mother cos only Allah knows how many times in our days we do feel like a bad mother when seeing our baby being handled by others.

Don't overgeneralise.by thinking all nurseries in M'sia ni tak jaga anak dengan betul. that is not fair for them as well.

i was saying to my friends just now, kalau ikot hati mau ja i bawak my Maryam ke office, masuk kelas mengajar pun usung anak skali, tapi what to do, many of  have no choice but to send our lilttle darlings to a nursery.

We are the parents. And InshaAllah, we do know what is best for our child, right? kita keluar membanting tulang bekerja from morning till evening or late nite and do multiple things all at once and by the end of the day we will go back to our children and be the parent pulak. this is the reality. normal lah hantar anak ke nursery tu, cuma pastikan saja anak kita di bawah jagaan orang yang bertanggungjawab. itu pun dah cukup bagus. jangan buat assumptions yang nursery tu sucks. that really shows how ignorant and stupid we are.

Setiap pagi i nak hantar Maryam, macam2 dalam otak ni fikir, tapi i tak mau layan semua negative thoughts sebab bukan i sorang hantar anak ke sana. but, berdoa lah sekuat hati to Allah dan tawakal sajalah.

Akhir kata ( oii tetiba cam ucapan pulak) it was all happy moments during prengancy, kalut prepare segala macam presiapan menyambut ahli baru, during labour, ehh sakit2 tapi happy tau nak beranak! it was all great during confinement, cuti 3 bulan - HEAVEN jaga anak, belek anak, bela badan. BUT as soon as we are back into the reality, time tu baru kenal erti susah payah menjadi ibu bapa...a lot of things need to be done, need to be looked at, need to be given attention to and need to be beared in mind especially if u are working mothers.

kita hantar anak nursery ka, baby sitter ka, jaga seniri ka masing2 ada risiko. cuma kita takdak la sampai bedung budak ketat2, pastu tape mulut depa..tu ja la nak kata. sekian, Wassalam...

i love you baby! ehh, 3 bulan still pakai mittens?hihi...

2 comments:

Mimie said...

agreed. tawakkal lah kita. mak mana yang minta anak2 di jaga dalam keadaan yang tak sepatutnya kan. semua mak nak yg terbaik utk anak. same with u..kalau boleh nak bawak anak ni datang office..duduk bawah meja mama ni diam2.. but what to do kan.. tak kira dekat mana-mana, kalau nak jadi benda buruk jadi jugak kan. tapi bukanlah kita sebagai mak nak minta yg macam tu, berdoa byk2 supaya anak kita dijaga dgn baik dekat nursery and keep monitoring the nursery. kalau nak pikiaq negatif 24 jam , jawapannya tak kerja lah kan..

NoRr said...

sungguh tu mimie..cek tak mau pikiaq negative2...semoga anak2 kita selamat dan dipelihara dr segala bahaya. aminnn